Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Hidup dan matiku keranaMu

Khamis, 4 Februari 2010

muridku


Yang ini pulak gambar anak murid sedang bermain lego.Masa nilah gelagat mereka mencuit hati dengan berbagai imaginasi.Ada ketika daya imaginasi mereka tak terjangkau oleh pemikiran kita.

Kawan-kawanku


Inilah gambar sebahagian kawan-kawanku,gambar ini di ambil selepas penat berkursus,untuk hilangkan tension kami jalan-jalan ditepi pantai.Maklumlah masing-masing dah berjauhan.tak kerja di daerah yang sama lagi.Hanya masa-masa berkursus saja berkesempatan untuk bertemu kawan-kawan satu wilayah.

Joget Memilih Kawan

lagu ini sebenarnya menarik minat aku kerana ianya mengingatkan aku agar berhati-hati memilih kawan.Siapa yang tolong kawan kalau tak kawan-kawan.siapa yang nak menjahanamkan kawan kalau tak kawan-kawan juga kan.Apalagi waspadalah..... Suatu ketika apabila orang bertanya siapa kawan baikmu eemmmm.....senyum sahaja yang mampu kuberikan.Siapa? Aku sebenarnya sudah terlalu lama tak merasa ada kawan baik.Sejak tahun 1990 rasanya.Pernah dikhianati kawan baik yang makan sepinggan tidur sebantal.Sejak itu aku tak pernah merasa ada sesiapa yang boleh kujadikan kawan baik.Pengalaman lalu membuat aku serik.Bahkan hingga kini aku masih suka menyendiri.Menyayangi manusia hanya akan membuat kita kecewa sedangkan mencintaiNya sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Rabu, 3 Februari 2010

Inilah tabikaku

Kalau nak lihat dimana tempat saya bertugas....ni la dia.Hari-hari bekerja dengan kanak-kanak ni memang seronok.Lihat gelagat dan kerenah mereka.Lama-lama rasa sayang macam anak sendiri.Yang seronoknya melihat perkembangan mereka.Daripada tak tau pegang pensil akhirnya boleh menulis,melukis,mengira dan membaca.Tapi..........yang sayu dan pilu tu bila akhir tahun.Sedihnya nak berpisah dengan mereka.........!

Selasa, 2 Februari 2010

Tema Mingguan-Keluarga saya

Minggu ini tema keluarga saya.Sedikit penerangan kepada anak murid.Anak-anak cukup gembira bila diberikan suratkhabar,gunting,manila kad dan gam.Saya bahagikan kepada 2 kumpulan.Bermulalah kerja menggunting gambar personal.Kebanyakkan gambar yang ada dah tentula gambar para pemimpin kita.Biasalah selain gambar pemimpin gambar artis juga.seronoknya mereka dengan aktiviti ini.Memandangkan anak-anak ini masih ada yang belum dapat menguasai penggunaan gunting maka saya membantu yang mana perlu.Selesai menggunting dan menampalkan gambar saya mengarahkan mereka memegang hasil kerja dan gambar diambil.Ewah......senyum gembira semuanya.

Pengalaman Baru Minggu Terakhir Bulan Jan 2010

Hari Jumaat lalu ,29Feb2010,huh....tension.kawan call pegawai nak maklumat berikut -tarikh permohonan kelas-tarikh kelulusan kelas-profail kelas dll.mana la nak dapatkan info ni.Try call pengerusi KRT dan bekas pengerusi KRT PPR Kg Limau.Masing-masing bagi jawapan yang hampir sama-akhir tahun 2007.Try call kawan-kawan lain.Masing-masingpun blurr.Sesuatu yang baru buat guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Brickfields ni.Tempohari memang ada Cik Julaily pegawai negeri yang jaga unit tabika bagitau masa mesyuarat daerah setiap kelas mesti ada profail kelas tapi masing-masing blurr.......
Fikir punya fikir profail mestilah sesuatu yang mengandungi informasi yang penting tentang tabika seperti sejarah penubuhan,latar belakang,aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan lain-lain.Satu hari satu malam tak tidur buat profail but at last ,yes siap akhirnya.Tapi risau gak.betul ke yang dibuat ni.
Seorang kawan ni mintak info.Zaidah namanya.Saya suka dia ni.Tak kedekut ilmu.So saya bagitau apa yang saya tau je la.Siap mintak photostat lagi buat contoh.Aduss....camne ni.Belum tau lagi betul ke tak ni.Takpe la.Bagi je la.Share ilmu.Harap-harap pegawai puas hati.