Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Hidup dan matiku keranaMu

Ahad, 1 Disember 2013

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

  1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KSPK, serta pengetahuan ikhtisas keguruan
  2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
  3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru
  4.  Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.
  5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelajar

Model Komunikasi

Latar Belakang Komunikasi sangat diperlukan untuk interaksi sesama manusia, oleh karana itu komunikasi tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia sehari-hari, sehingga tanpa adanya komunikasi, kehidupan manusia tidak akan berjalan dengan sempurna. Kerana komunikasi itu memiliki peranan sangat penting, maka terhasil suatu model komunikasi. Komunikasi memiliki beberapa model, dan setiap modelnya memiliki definisi yang berbeza pula. Model komunikasi dibuat supaya mempermudah dalam memahami proses komunikasi dan melihat komponen dasar yang perlu ada dalam suatu komunikasi. Komunikasi juga merupakan suatu proses. Hal ini terlihat dari setiap gejala / peristiwa yang tidak luput dari adanya suatu komunikasi yang terjalin antara manusia. Konsep Komunikasi Komunikasi bermaksud perhubungan.Tujuan utama berkomunikasi antara orang ialah menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Alat manusia berkomunikasi ialah penggunaan alat media seperti surat khabar, radio, televisyen, komputer, surat, lisan dan sebagainya.Bagaimanapun, yang kerap kali berlaku ialah komunikasi secara lisan dan bertulis. Mengikut Highet, komunikasi ialah pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran seorang kepada pemikiran orang yang lain. Komunikasi, dalam konteks pendidikan, boleh diertikan sebagai sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat antara dua individu, atau antara seorang individu dengan sekumpulan orang.Komunikasi merupakan sesuatu interaksi sosial antara dua orang melalui aktiviti pemindahan. Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku antara guru dengan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, atau antara murid dengan murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Definisi Model Komunikasi Model komunikasi adalah gambaran yang sederhana dari proses komunikasi yang memperlihatkan kaitan antara satu komponen komunikasi dengan komponen lainnya. Menurut Sereno dan Mortensen, suatu model komunikasi merupakan deskripsi ideal mengenai apa yang diperlukan untuk terjadinya komunikasi. Suatu model merepresentasikan secara abstrak ciri-ciri penting dan menghilangkan perincian komunikasi yang tidak perlu dalam “dunia nyata”. B. Aubrey Fisher mengatakan, model adalah analogi yang mengabstraksikan dan memilih bagian dari fenomena yang dijadikan model. Werner J. Severin dan James W. Tankard, Jr. mengatakan bahwa model membantu merumuskan suatu teori dan menyarankan hubungan. Oleh karena hubungan antara model dengan teori begitu erat, model sering dicampur dengan teori. Jenis-jenis Komunikasi Komunikasi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori yang utama, iaitu: komunikasi secara lisan (verbal)dan komunikasi secara bukan lisan (non-verbal). a)Komunikasi secara lisan melibat kan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seorang individu kepada seseorang atau sekumpulan pendengar. Didalam bilik darjah, guru biasanya memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan murid-muridnya sebagai pendengar dan penerima. Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan apabila maklumat atau idea diterima oleh murid-murid dengan jelas dan mudah difahami. Sehubungan ini, suara guru hendaklah jelas, kuat dan lantang. Di samping itu, perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami oleh murid-muridnya. b)Komunikasi secara bukan lisan ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seperti isyarat tangan, gerak kepala, mimik muka dan sebagainya. Misalnya, mengangguk kepala boleh diertikan sebagai tanda persetujuan. Menggeleng kepala mungkin boleh diertikan sebagai tidak mahu menerima; senyuman boleh diertikan sebagai memberi galakan peneguhan; memasamkan muka menggambarkan kemarahan, dan lain-lain lagi. Gerak isyarat yang positif ialah mengangguk kepala dan senyuman , kerana ia merupakan komunikasi secara bukan lisan yang boleh meningkatkan usaha murid dalam aktiviti pembelajaran. Komunikasi seperti ini akan memberikan peneguhan positif kepada murid-murid yang berkenaan. Model-model Komunikasi Terdapat beberapa model komunikasi yang dikemukakan oleh pakar-pakar penyelidik adalah dianggap sesuai digunakan dalam bilik darjah. Antaranya ialah Model Shannon dan Weaver , Model Simetri newcomb dan Model Wilbur Schramm. (1)Model Shannon dan Weaver Model Shannon dan Weaver adalah hasil kajian daripada komunikasi dalam pengajaran matematik pada tahun 1949. Oleh itu, Model ini juga dikenali sebagai Teori Matematik Komunikasi. Asas kajian Model Shannon dan Weaver ialah bagaimana sesuatu sumber maklumat, misalnya konsep matematik, dapat disampaikan melalui proses komunikasi ke destinasi yang ditujukan, iaitu murid-murid dalam bilik darjah. Model komunikasi ini adalah ditunjukkan dalam Rajah 5.3. Mengikut Model Shannon dan Weaver, proses komunikasi bermula dari sumber maklumat (disimpan dalam ingatan) yang menghasilkan mesejnya melalui alat pemancar seperti suara,kemudian melalui saluran dan sampai ke alat penerima (telinga). Alat penerima dengan serta merta mentafsir mesej yang diterima dan kemudiannya disalurkan ke destinasi yang dituju, iaitu otak manusia. Sama ada komunikasi menjadi berkesan atau tidak bergantung kepada kadar kekuatan sumber gangguan semasa mesej disalurkan dari alat pemancar kepada alat penerima. Misalnya, jika mesej itu disalurkan dalam keadaan kebisingan yang kuat, maka keberkesanan komunikasi akan berkurang. (2)Model Simentri Newcomb Model Simentri Newcomb adalah hasil kajian yang berasaskan interaksi antara individu. Model ini juga dikenali sebagai Model Komunikasi Kemanusiaan yang dikemukakan pada tahun 1953. Model Simentri Newcomb adalah digambarkan dalam rajah 5.4. Mengikut Model Komunikasi Kemanusiaan ini, proses komunikasi berasas daripada interaksi di antara dua orang individu terhadap mesej yang hendak disampaikan atau diterima. Ketiga-tiga unsur ini membentuk suatu sistem komunikasi yang beroperasi daripada empat orientasi,iaitu: a)Orientasi A terhadap perkara X,iaitu sikap dan kepercayaan A terhadap perkara X. b)Orientasi A terhadap B,iaitu sikap A terhadap B. c)Orientasi B terhadap perkara X,iaitu sikap dan kepercayaan B terhadap perkara X, d)Orientasi B terhadap A,iaitu sikap B terhadap A. Keberkesanan komunikasi ini banyak bergantung kepada sikap dan kepercayaan antara individu dan mesej yang hendak disampaikan. Misalnya jika B menghormati A dan menaruh kepercayaan terhadap mesej X,maka persetujuan(iaitu simetri) adalah lebih mudah. Sebaliknya jika A dipandang rendah oleh B,maka mesej yang disampaikan oleh A adalah sukar mendapat persetujuan(simetri) dalam proses komunikasi. Mengikut Model Komunikasi Kemanusiaan,keberkesanan komunikasi banyak bergantung kepada sikap dan kepercayaan semasa interaksi antara dua orang individu. 3)Model Wilbur Schramm Model Wilbur Schramm pada asasnya dikembangkan daripada Model Shannon dan Weaver. Schramm dalam bukunya How Communication Works (1954) mengemukakan tiga model komunikasiseperti di halaman berikut. a)Model Schramm I Mengikut Model Schramm I, proses komunikasi bermula dengan rangsangan dikenali sebagai sumber, kemudian dienkod, iaitu mentafsir sumber yang hendak disampaikan, diikuti dengan menghantar mesej itu dalam bentuk isyarat, sama ada secara lisan atau bukan lisan. Selepas mesej itu diterima oleh seseorang, maksudnya akan ditafsirkan atau didekod dengan serta merta dan disalurkan ke destinasinya, iaitu orang yang menerima mesej tersebut. Model Schramm I menekankan proses menghantar dan menerima mesej semasa proses komunikasi di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada tepatnya sumber dienkod oleh guru dan dienkod oleh murid-muridnya. b) Model Schramm II Di dalam model kedua, Schramm mengaitkan proses komunikasi dengan bidang pengalaman orang yang menyampai mesej dan orang yang menerimanya. Menurut Schramm, proses komunikasi yang berkesan hanya boleh berlaku apabila bahagian bidang pengalaman bertindih atara dua pihak, iaitu antara sumber dengan destinasi. Ini adalah kerana rangsangan dienkod dan mesej dienkod adalah berdasarkan bidang pengalaman masing-masing. Rajah 5.6 berikut menggambarkan proses komunikasi yang berkaitan dengan bidang pengalaman kedua-dua pihak dalam Model Schramm II. Komunikasi berkesan hanya boleh berlaku apabila sumber dienkod adalah sama dengan mesej dienkod oleh si penerima. Di dalam bilik darjah, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru, sama ada dapat ditafsirkan tepat oleh murid-muridnya. Rumusannya ialah komunikasi yang berkesan ini hanya boleh berlaku di dalam bidang pengalaman yang bertindih di antara guru dan murid-muridnya. c) Model Schramm III Di dalam model ketiga ini, Schramm menghuraikan komunikasi sebagai interaksi antara dua pihak yang memainkan perana sebagai penyampai mesej serta penerimanya. Rajah 5.7 menggambarkan proses komunikasi dalam Model Schramm III. Di dalam bilik darjah, aktiviti soal jawab antara guru dengan murid, atau murid dengan murid sering berlaku dalam proses komunikasidi bawah Model Schramm III. Gangguan dan halangan komunikasi Terdapat beberapa gangguan dalam proses komunikasi di dalam bilik darjah.Antaranya adalah a)Kritikan Murid-murid akan mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dengan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika mereka sentiasa dikritik. b)Melabel Murid-murid yang selalu dilabel suka mendiamkan diri.Ini ialah mekanisma helas bela diri supaya mereka rasa lebih selamat. c)Ancaman Guru yang sentiasa mengancam murid-muridnya akan membina satu iklim persekolahan yang negative.Murid-murid yang terasa terancam di dalam bilik darjah tidak boleh mengamalkan komunikasi terbuka. d)Memberi arahan Arahan yang memaksa daripada guru akan menghalang komunikasi dua hala di antara guru dan murid. e) Mimik muka Mimik muka guru yang serius atau garang akan menyebabkan murid-murid takut untuk bercakap atau melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. f)Kurang perhatian Perhatian yang kurang daripada guru menyebabkan murid-murid tidak berminat untuk bercakap. g)Penyampaian Guru yang sentiasa bercakap akan menghalang komunikasi dua hala.Guru mesti memberikan peluang kepada murid-murid untuk menyampaikan soalan mereka dan guru juga mesti memastikan yang dia mendengar pendapat murid-muridnya. h)Bahasa Guru perlu menggunakan bahasa yang senang difahami oleh murid-muridnya untuk menggalakkan proses komunikasi yang berkesan. i)Kelajuan Guru yang bercakap dengan laju menyebabkan murid-muridnya sukar untuk memahami pengajarannya. j)Kurang persediaan Jika persediaan guru kurang,ini boleh menyebabkan kekeliruan ketika guru menyiapkan pengajarannya.Ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menerima fakta guru dengan jelas. k)Aktiviti pembelajaran kurang menarik Jika guru mengelolakan aktiviti pembelajaran yang kurang menarik,minat murid-murid untuk belajar akan berkurangan dan mereka akan cenderung untuk membuat bising dalam bilik darjah. Halangan komunikasi dalam bilik darjah a)Kebisingan Suasana kelas yang bising menyebabkan murid-murid sukar mendengar pelajaran yang disampaikan oleh guru. b)Anggapan umum terhadap guru Biasanya berlaku dengan guru baru di mana murid-murid menganggap guru tersebut kurang berpengalaman dan tidak bersedia untuk mengajar mereka. c)Emosi guru atau murid Penumpuan murid-murid dalam kelas akan terjejas jika emosi guru atau murid-murid kurang stabil. d)Kurang tumpuan Murid –murid kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru jika strategi dan alat bantuan guru kurang menarik. e)Pemikiran tertutup guru dan murid Murid-murid yang kurang berminat dengan sesuatu mata pelajaran mungkin enggan mendengar penjelasan guru.Begitu juga,guru yang kurang senang dengan murid-murid tertentu dalam sesuatu kelas mungkin tidak dapat buat komunikasi terbuka dengan mereka. Faktor-faktor halangan komunikasi Faktor-faktor halangan komunikasi yang dikenalpasti boleh diklasifikasikan kepada empat kategori yang utama iaitu halangan fizikal,psikologikal,persekitaran dan social. 1)Halangan fizikal merujuk kepada keadaan fizikal yang kurang kondusif untuk komunikasi interpersonal.Antaranya ialah susunan duduk kurang selesa,pengagihan udara kurang baik,kekurangan ruang untuk bergerak,cahaya kurang cukup dan sebagainya. 2)Halangan psikologikal merujuk kepada penghargaan kendiri saling hormat menghormati termasuk konsep kendiri negatif,represi dan sifat malu, dan sebagainya. 3)Halangan persekitaran merujuk kepada gangguan berlaku atau ditimbulkan semasa interaksi social dengan komunikasi interpersonal,seperti bising,berbual-bual,menyanyi,bunyi dan lalu lintas dan sebagainya. 4)Halangan social merujuk kepada interaksi social yang kurang kondusif.Faktor ini lazimnya ditimbulkan kerana penggunaan bahasa kasar,body language disalahertikan,memberi komen negatif,mengkritik,menegur dan sebagainya. Cara-cara mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah 1.Komunikasi tidak boleh dielakkan.Oleh itu,guru perlu mencapai satu bentuk komunikasi yang berkesan dalam proses pengajaran da pembelajaran. 2.Komunikasi berkesan akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. 3.Komunikasi juga dikatakan berkesan apabila wujudnya persefahaman yang mendorong meningkatkan hubungan yang baik antara mereka yang terlibat. 4.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-duajenis komunikasi (verbal dan bukan verbal) dengan berkesan. 5.Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal (pujian) dan bukan verbal (sentuhan atau senyuman). 6.Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh guru dari masa ke semasa. 7.Murid mesti mendapat mesej/arahan yang disampaikan oleh guru dengan tepat. Amalan-Amalan Komunikasi Yang Berkesan Dalam Bilik Darjah 1.Guru mesti mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah. 2.Guru mesti juga menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan dan sosio drama. 3.Guru mesti menggunakan alat bantu mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan. 4.Guru mesti menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran menyoal yang berkesan. 5.Sekiranya maksud penyampaian disalah tafsirkan oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua pihak tersebut. 6.Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 7.Untuk memastikan guru dapat menyampiakan dengan berkesan, beliau perlu mempraktikkan prinsip-prinsip berikut: (a)berusaha untuk mendengar cadangan murid-muridnya. (b)memastikan bahawa tidak ada halangan apabila guru menyampaikan pengajarannya. (c)mesti menolong membuka minda muri-muridnya supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih senang. Implikasi Penggunaan Kemahiran Komunikasi yang Berkesan Nilai-nilai dasar yang mengasaskan perbincangan dan penggunaan kemahiran kaunseling ialah integriti, keadilan, dan kehormatan. Tanggungjawab pemimpin sekolah bukan sahaja perlu berusaha menguasai kemahiran-kemahiran melayan, komunikasi, dan memberi respons yang berkesan, tetapi juga perlu mempertimbangkan bagaimana membentuk sesuatu situasi yang iklim yang kondusif supaya komunikasi dapat diperlaksanakan secara berkesan. Sehubungan ini, pemimpin sekolah hendaklah peka dan mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berikut : (a)memikir tentang keadaan fizikal untuk perbincangan, iaitu bilik, jenis bentuk kerusi, susunan tempat duduk, dan keadaan yang kondusif. (b)kesedaran terhadap had-had kerahsiaan (c)kesedaran tahap kemampuan diri sendiri; mengakui keperluan untuk mengikuti kursus ikhtisas, dan mendapat sokongan, serta berupaya membuat rujukan dalam luar institusi pendidikannya. (d)kesedaran mengenepikan prejudis dalam diri, pandangan berat sebelah serta stereotaip. Aplikasi Kemahiran-kemahiran Komunikasi Di bawah komunikasi berkesan, ia terlibat kemahiran-kemahiran komunikasi berikut : (a)membina hubungan baik. (b)memberi perhatian kepada komunikasi lisan dan bukan lisan. (c) mendengar secara aktif setiap perkataan. (d)menggunakan bahasa sesuai dengan tahap kebolehan. (e)memahami gerak-geri badan (body language). (f)memberi respon yang sesuai. Untuk mewujudkan komunikasi berkesan, pemimpin sekolah hendaklah menggunakan pelbagai tindak balas yang sesuai seperti tegur sapa, menerima pandangan, menghulurkan empati, serta mengesan dan mentafsir komunikasi tanpa lisan seperti gaya duduk, air muka, pergerakan tangan, dan nada suara. Teknik menangani masalah komunikasi Bersifat penyaang dan sentiasatunjuk air muka yang brseri demi merapatkan. Bekomunikasi dengansuara jelas dankadar pecakapan yang sesuai. Gunakan perkataan-pekataan yang mudah supaya pendengar dapat memahaminya dapat keraguan. Elakkan penggunaan nada yang membosankan.bertutur dengan nada variasi rangsangan demi menarik perhatian pendengar. Elakkan mengkritik atau mengejek. Elakkan melabel. Bentukkan suasana yang kondusif untuk korkominiksi. Gunakan gaya kepimpinan demokratik melayan idea dan cadangan secara hati terbuka. Elakkan kepimpinan autokratk,misalnya memberi arahan yang msti diptuhi tanpa tolakansur atau disoaal. Kesimpulan Komunikasi yang efektif adalah bagian utama dalam mencapai tujuan pendidikan. Komunikasi yang sukses dan efektif berasal dari pelaksanaan proses komunikasi. Orang – orang yang terlibat akan meningkatkan keterampilan komunikasi mereka jika mereka mengikuti proses komunikasi, dan tinggal jauh dari hambatan yang berbeda. Telah terbukti bahwa individu yang memahami proses komunikasi akan berkembang menjadi komunikator yang lebih efektif, dan komunikator yang efektif memiliki kesempatan lebih besar untuk menjadi sukses.
Setelah sekian lama tidak menjenguk blog ini...tadaaaaa....i'm back

Jumaat, 9 April 2010

Catatan Terakhir

Lailahaillaantasubhanakainnikuntumminazzolimin...itulah saje mampu ku ucapkan.Hanya kepadaNya tempat aku mengadu.Beberapa perkara yang berlaku membuat aku terasa seolah bersendirian.Mengadu dengan manusia buruk juga yang aku dapati.Biarlah aku hanya mengadu kepada Allah swt sahaja.Memang sejak Puan Syaidatul mengarahkan kami menghantar maklumat tabika melalui email (awal tahun ni)aku sekarang sering melayari internet.Banyak maklumat yang aku perolehi dengan melayari blog2 dari prasekolah.Tentang aktiviti murid,lembaran kerja dan sebagainya yang berkaitan dengan tabika.Tahun ni anak murid semua 5 tahun buku Bahasa Malaysia dll untuk murid 5 tahun tak mengikut tema.Tahun lepas murid ramai 6 tahun dan buku untuk 6 tahun memang mengikut tema.Jadi mudahlah pengajaran dan pembelajaran dibuat.Tahun ni banyak juga dowwnload lembaran kerja dari blog prasekolah.Di blog ni adalah tempat aku meluahkan perasaan tapi hari ini aku tahu apa2 perkara peribadi memang tak boleh dikeluarkan dalam blog ni.Aku dah cuba sedaya upaya buat yang terbaik.Malah ada ketikanya walaupun arahan yang keluar tu aku memang blurr tak tau macammana nak buat jadi terpaksalah mencari maklumat dari internet cara bagaimana nak membuatnya.Hari ni banyak perkara yang membuat aku menangis.Tempohari pegawai zon mengarahkan untuk memberikan maklumat berkenaan tabika,tarikh kelulusan dan profil kelas.Urgent katanya.Maka akupun sampai tak tidur malam membuatnya.Hari ni ada kawan cakap pegawai cakap "saya tak suruh buat macam tu".Lebih menyedihkan aku bila email yang aku hantar menyatakan profail kelas dah siap menyebabkan pegawai unit tabika marah kat pegawai zon.Ehh... betul ke yang kawan cakap ni.Nak tanya pegawai takut kena marah.Ehh..kata nak urgent.Mana satu yang nak diikut ni.Teringat kata2 PPD "Jangan peduli apa orang lain cakap yang penting awak ikut peraturan" .Selalu juga selak pekeliling.Mana yang tak dibuat lagi kenalah buat dan dikemaskini.Tampalkan carta aliran untuk panduan supaya hari2 nampak dan boleh ingat kerja2 yang belum disudahkan.Ni tengah fikir apa nak dibuat untuk minggu depan.Tema makanan pulak...kejap lagi nak cari info tentang tema makanan.Hairan juga bila kawan2 cakap pegawai marah layar internet dan buat blog ni.Sedangkan di prasekolah guru2nya siap diberi bengkel@seminar untuk buat blog untuk prasekolah masing2.Ini adalah kali terakhir aku menulis di blog ini......Terima kasih kepada sesiapa yang pernah melayari blog ini.Mohon maaf atas keterlanjuran kata.Tak dapatlah lagi nak bertukar-tukar info lagi dengan kawan2 guru2 dari prasekolah semua.

Khamis, 4 Februari 2010

muridku


Yang ini pulak gambar anak murid sedang bermain lego.Masa nilah gelagat mereka mencuit hati dengan berbagai imaginasi.Ada ketika daya imaginasi mereka tak terjangkau oleh pemikiran kita.

Kawan-kawanku


Inilah gambar sebahagian kawan-kawanku,gambar ini di ambil selepas penat berkursus,untuk hilangkan tension kami jalan-jalan ditepi pantai.Maklumlah masing-masing dah berjauhan.tak kerja di daerah yang sama lagi.Hanya masa-masa berkursus saja berkesempatan untuk bertemu kawan-kawan satu wilayah.

Joget Memilih Kawan

lagu ini sebenarnya menarik minat aku kerana ianya mengingatkan aku agar berhati-hati memilih kawan.Siapa yang tolong kawan kalau tak kawan-kawan.siapa yang nak menjahanamkan kawan kalau tak kawan-kawan juga kan.Apalagi waspadalah..... Suatu ketika apabila orang bertanya siapa kawan baikmu eemmmm.....senyum sahaja yang mampu kuberikan.Siapa? Aku sebenarnya sudah terlalu lama tak merasa ada kawan baik.Sejak tahun 1990 rasanya.Pernah dikhianati kawan baik yang makan sepinggan tidur sebantal.Sejak itu aku tak pernah merasa ada sesiapa yang boleh kujadikan kawan baik.Pengalaman lalu membuat aku serik.Bahkan hingga kini aku masih suka menyendiri.Menyayangi manusia hanya akan membuat kita kecewa sedangkan mencintaiNya sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.