Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Hidup dan matiku keranaMu

Selasa, 2 Februari 2010

Tema Mingguan-Keluarga saya

Minggu ini tema keluarga saya.Sedikit penerangan kepada anak murid.Anak-anak cukup gembira bila diberikan suratkhabar,gunting,manila kad dan gam.Saya bahagikan kepada 2 kumpulan.Bermulalah kerja menggunting gambar personal.Kebanyakkan gambar yang ada dah tentula gambar para pemimpin kita.Biasalah selain gambar pemimpin gambar artis juga.seronoknya mereka dengan aktiviti ini.Memandangkan anak-anak ini masih ada yang belum dapat menguasai penggunaan gunting maka saya membantu yang mana perlu.Selesai menggunting dan menampalkan gambar saya mengarahkan mereka memegang hasil kerja dan gambar diambil.Ewah......senyum gembira semuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan